Fokus PMR.
- Pelajar perlu mengetahui cara-cara untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan :
- koordinat
- kedudukan relatif
- latitud
- longitud
Kedudukan
- Kedudukan dapat ditentukan dengan menggunakan Koordinat dan titik rujukan.
- Koordinat digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat.
- Koordinat merujuk kepada kedudukan lajur dan baris.
- Lajur adalah baris objekyang dikira dari kiri ker kanan.
- Baris adalah baris objek yang dikira dari hadapan dan kebelakang.
- kedudukan Relatif ialah kedudukan sesuatu tempat dengan merujuk kepada Titik Rujukan.
LATITUD
- Latitud dan Longitud adalah garisan - garisan yang dilukis di atas glob dan peta yang berskala kecil untuk menunjukkan kedudukan.
- Latitud ialah garisan yang dilukis secara selari dari barat ke timur di atas glob dan peta.
- Di atas peta, latitud merupakan garisan timur-barat yang sama panjang.
- Di atas glob, latitud berbentuk panjang
- Bulatan di atas glob menjadi semakin kecil ke arah kutub Utara dan Kutub Selatan.
- Latitud yang terpanjang ialah Garisan Khatulistiwa.
- Garisan Khatulistiwa membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan selatan.
LONGITUD
- Longitud ialah garisan yang dilukis dari Kutub Utara ke Kutub Selatan di atas peta dan glob.
- Di atas peta, longitud merupakan garisan utara-selatan yang dilukis selari dan sama panjang.
- Di atas Blog, Longitud berbentuk separuh bulatan yang bertemu di Kutub Utara dan Selatan.