Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan Bumi dan apa yang ada di atasnya. Perkataan geOgrafi berasal dari bahasa Greek γη (ge) atau γαια (gaia) ("Bumi") dan γραφειν (graphein) ("menulis"). Dua bidang utama dalam geografi ialah geografi fizikal yang menumpukan pada sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukan-fizikal. Moto geografi ialah 'Belajarlah geografi melalui tapak kaki anda'.